- High School
- You don't have any recent items yet.
- You don't have any courses yet.
- You don't have any books yet.
- You don't have any Studylists yet.
- Information
Contoh Tugasan titas 2020
Tamadun islam tamadun asia (titas) (mpu3122), open university malaysia.
Recommended for you
Students also viewed.
- Cup is often the main highlight that triggers a wave of emotions
- Tugasan HBEC1103 SEPT2022
- Tugasan OUMH1603 - RUJUKAN
- Tugasan Titas 57382 - RUJUKAN
- Assignment MPU3122 MOHD Rodzi
- Mengapa tamadun itu penting kepada sesebuah negara
Related documents
- Tamadun Isalam DAN Tamadun ASIA
- Tamadun islam dan nilai inlay murni yang diterapkan dalam kehidupan seharian
- Maksud Ekspresi Dalam Titas
- Laporan 1 DAN 2 Tamadun Islam DAN Tamadun ASIA
- Tamadun Islam dan Tamadun Asia OUM Assig copy
- Sample Assignment 1 - assingment
Related Studylists
Preview text, bachelor of occupational health and safety management with, honours (boshm), semester september/, tamadun islam dan tamadun asia 1 (titas 1), no. matrikulasi : 910706035102001, no. kad pengenalan : 910706-03-, no. telefon : 019-.
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : MANJUNG LEARNING CENTRE
Isi kandungan, no tajuk muka surat, 1 pengenalan 2, 2 tugasan 1.
(a) SUMBANGAN TAMADUN CHINA I. Falsafah, Keagamaan Dan Kepercayaan
II. Evolusi Penciptaan Serbuk Bahan Letupan Dan Peluru III. Rekacipta Alat Pengangkutan Dan Pertanian IV. Rekacipta Seni Bina Jalan Raya, Jambatan Untuk Sistem Perhubungan V. Sistem Tulisan Dan Kesenian
(b) NILAI MURNI i. Jangan Menilai Kebolehan Seseorang Dari Paras Rupa. ii. Tetapkan Matlamat Serta Motivasi Diri dan Fokus Kepada Penyelesaian iii. Percaya dan Yakin kepada Diri sendiri untuk Mencapai impian hidup
(c) DIALOG YANG MENYENTUH HATI i. Dialog oleh Master Oogway kepada Master Shifu ii. Dialog oleh Po dan Master Shifu iii. Kata- kata Mr Ping kepada Po
3 TUGASAN 2
Refleksi Journal 12 4 RUJUKAN 14
1 (a) SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA PERADABAN DUNIA
Animasi Kung Fu Panda yang diterbitkan oleh DreamWorks Animation menonjolkan budaya tamadun China serta keunikan tamadun itu sendiri. Sumbangan Tamadun China yang di animasikan dalam Kung Fu Panda akan sentiasa dikenang hingga ke masyarakat dunia hari ini. Antaranya adalah dalam bidang Falsafah, Agama dan Kepercayaan, serta sumbangan dari segi sains dan teknologi mengikut inovasi semasa pada zaman itu.
I. Bidang Falsafah Konfusianisme, Keagamaan dan Kepercayaan Menurut Goossaert dan Palmer (2011) tiga aspek yang saling berkait di dalam tamadun China iaitu falsafah, agama dan kepercayaan. Ketiga-tiga aspek ini masih lagi di guna pakai oleh masyarakat China dan seluruh peradaban dunia dewasa kini. Hal ini kerana ajaran tersebut menekankan lima jenis hubungan baik bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Sumbangan utama Falsafah Konfusianisme yang yang diasaskan oleh Kung Fu Tze, falsafah ini menitik beratkan amalan moral yang baik di dalam diri manusia. Lima ahklak yang baik di dalam falsafah ini adalah:
Ajaran Konfusius juga mementingkan lima Jenis hubungan baik untuk mewujudkan masyarakat yang aman, selain menekankan hubungan kekeluargaan sebagai satu unit terpenting dalam masyarakat. Lima jenis hubungan tersebut adalah:
a) Pemerintah yang baik b) Ibu bapa dengan anak (kekeluargaan) c) Suami dengan isteri (kekeluargaan) d) Abang dengan adik (kekeluargaan) e) Kawan dengan Kawan (persabahabatan)
Perikemanusiaan (Ren)
Keadilan (yi)
Kebijaksaan (zhi)
Kesusilaan (li)
Layak Dipercayai (xin).
Menurut Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid (2004), masyarakat Malaysia boleh hidup besama dalam keadaan yang harmoni dan aman walaupun Malaysia adalah negara yang berbilang kaum. Hal ini kerana falsafah Konfusianisme ini sentiasa dicontohi dan diterapkan dalam jati diri setiap rakyat Malaysia.
Buddhisme adalah salah satu ajaran agama yang berkembang di Tamadun China. Ajaran ini berteraskan kepada masalah manusia dalam mengawal hawa nafsu dan menyebabkan penderitaan. Oleh itu, manusia perlu mengawal hawa nafsu mengikut Lapan Lapis Mulia iaitu aspek Panna (kebijaksanaan), Samadhi (penumpuan) dan Sila (moral). Agama ini juga telah diubah sesuai dengan ciri-ciri kecinaan, dan dikenali sebagai Buddhisme China. Sehingga ke hari ini agama ini masih lagi kekal dianuti oleh kaum China majoritinya. Amalan penganut Buddha haruslah berteraskan amalan yang suci seperti bersedekah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan menipu dan jangan berzina.
Konsep keharmonian dengan alam semesta jelas dipamerkan dalam animasi Kung Fu Panda. Hal ini kerana, tedapat ajaran Toisme atau Daoisme. Ajaran ini merupakan agama bagi kebanyakan orang cina. Daoisme menekankan keamanan dan keharmonian dengan alam semesta sekiranya tidak mengikut hawa nafsu dan mengasingkan diri dari kegiatan duniawi. Disebabkan itu, kepercayaan masyarakat China terhadap manusia dan alam semesta (naturalistik). Mereka percaya kepada pemujaan roh nenek moyang sebagai makhluk unggul yang akan mempengaruhi nasib seseorang. Selain itu, kepercayaan masyarakat China dalam pemujaan binatang, tanaman dan alam semulajadi mementingkan aspek kepercayaan, kesejahteraan, kemakmuran dan kekayaan. Oleh yang demikian Kung Fu sebagai seni mempertahankan diri pada masyarakat Cina melambangkan sifat keharmornian serta usaha yang bersungguh sungguh dari seseorang untuk mecapai sesuatu kemahiran dalam seni bela diri.
Sehingga ke hari ini, aspek kepercayaan dan agama masyarakat China masih dianggap peribadi. Mereka bebas memilih kepercayaan dan amalan agama yang dirasakan boleh memberi kesejahteraan hidup kepada mereka, asalkan tidak melanggar adat resam budaya mereka.
IV. Rekacipta Seni Bina Jalan Raya, Jambatan Untuk Sistem Perhubungan
Gambar 2 Tembok Besar China Tambahan lagi, kemajuan dalam bidang perusahaan menghasilkan perkembangan seni bina sistem perhubungan seperti jalanraya dan jambatan serta tembok. Antara karya senibina Tamadun China yang agung adalah, Tembok Besar China. Tembok Besar China merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang dikenang sehingga kini kerana mengambil masa kira kira 100 tahun untuk disiapkan. Tembok ini dibina merengtangi bukit bukau dan saiznya setinggi bangunan tiga tingkat serta Panjang kira-kira 2 kilometer. Tujuan pembinaan tembok ini adalah untuk mempertahankan China dari serangan kaum Barbar (tartar) Monggol yang nomad. Hasil pembinaan Tembok Besar China adalah bukti peninggalan seni bina yang unik dan mengagumkan serta menjadi identiti kebanggaan negara China dan juga menjadi daya tarikan pelancong masa kini.
V. Sistem Tulisan Dan Kesenian
Tamadun China terkenal dengan system tulisan dan keseniannya yang terhasil menggunakan lambing bergambar. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Song, terdapat ramai kalangan sarjana dan pakar kaligrafi iaitu seni khat yang menggunakan berus Cina yang mahir melukis. Kebanyakan seni lukis ini menggambarkan cerita mitos dan peristiwa yang benar benar berlaku. Mereka menyampaikan lukisan ini pada kain sutera, tembikar, pinggan dan peralatan hiasan lain. Kemajuan negara China menjadikan mereka adalah bangsa yang pertama membuat kertas di dunia. Mereka menggunakan bahan seperti kulit pohon mulberi,
bahan terpakai seperti kain buruk, tali dan sebagainya menjadi pulpa dan diproses menjadi kertas.
Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan semasa kegemilangan tamadun China memberi impak yang banyak kepada kemakmuran dan kemajuan masyarakat dunia hari ini. Sebagai contoh dalam bidang falsafah, seni dan kebudayaan, pentadbiran, sastera serta sains dan teknologi, Oleh itu sumbangan tamadun China kepada masyarakat global amatlah besar dan haruslah dicontohi, selain wajar dikenang sepanjang zaman.
TUGASAN 1 (b) NILAI MURNI
Kungfu Panda merupakan animasi komedi yang sarat dengan nilai- nilai murni. Antaranya adalah:
i. Jangan Menilai Kebolehan Seseorang Dari Paras Rupa. Sebagai mana di dalam video tersebut watak Po seekor panda yang berbadan besar sentiasa di pandang rendah oleh masyarakat dan juga idolanya sendiri iaitu Lima Kesatria ( Furious Five) serta Master Shifu. Mereka merasakan mustahil Po boleh menjadi Pahlawan Naga yang handal untuk menewaskan Tai Lung, musuh yang paling digeruni. Oleh yang demikian, sebagai pelajar dan juga pekerja, saya haruslah sentiasa bersikap positif dan saling menghormati rakan sejawatan tanpa menilai mereka melalui paras rupa ataupun pangkat.
Setiap manusia mempunyai potensi dan kehebatannya yang tersendiri. Jadi, mereka perlu diberi peluang untuk dihormati dan dinilai dengan kemahiran yang ada pada diri masing- masing. Amalan menilai orang dan memperlekehkan seseorang adalah satu budaya negative yang harus dihindari oleh setiap minda pelajar, dan pekerja. Kita tidak ada hak untuk menghukum seseorang itu hanya kerana penampilan ataupun imej yang dilihat. Jangan lah menjadikan penilaian kita itu sebagai asbab untuk kita bersifat meninggi diri.
Ibarat peribahasa ‘jadilah seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk’. Setiap pelajar seharusnya saling menyokong antara satu sama lain. Selain itu, sebagai pekerja jadikan rakan sejawat sebagai satu pasukan yang saling membina. Baru lah hidup sentiasa harmoni dan berdaya saing.
iii. Percaya dan Yakin kepada Diri sendiri untuk Mencapai impian hidup Di dalam watak Kung Fu Panda, Po merupakan seekor panda yang merasa kurang yakin dengan penampilan dirinya. Namun begitu beliau mempunyai impian untuk belajar seni mempertahankan diri, kung fu. Beliau juga percaya akan kebolehan Master Shifu untuk mendidiknya menjadi pahlawan yang hebat. Beliau mengabaikan kata-kata hinaan rakan seguru yang boleh melumpuhkan semangatnya. Po percaya bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi pahlawan yang disegani seperti idolanya Lima Kesatria. Sebagai seorang pekerja di dalam ekonomi yang membangun pesat, keyakinan diri amat penting. Setiap pekerja perlu percaya dengan kebolehan diri sendiri.
Secara psikologinya, sifat percaya dan yakin kepada diri sendiri ini dikenali sebagai “Self esteem” atau harga diri. Nilai diri yang tinggi akan menjadikan kita seorang yang berpotensi dan bersemangat untuk mencapai impian masing-masing. Harga diri yang tinggi juga akan menjadikan individu lebih bermaruah dan tenang dalam membuat keputusan ataupun pekerjaan.
Bukan itu sahaja, kita haruslah percaya kepada potensi diri seseorang. Seperti Master Oogway yang percaya keputusannya memilih Po adalah keputusan yang tepat. Beliau percaya kepada kebolehan yang ada pada Master Shifu untuk melatih Po menjadi pahlawan naga ( Dragon Warrior). Disini jelas bahawa kita seharusnya mempercayai kebolehan rakan sekerja dan sepasukan kita untuk mencapai matlamat yang sama. Kerjasama berkumpulan bukan sahaja dapat memudahkan kerja, ianya dapat mempercepatkan proses kejayaan kita.
Tugasan 1 (c) Dialog Yang Menyentuh Hati
i. Dialog oleh Master Oogway kepada Master Shifu
Your mind is like this water my friend. When it is agitated, it becomes difficult to see. But if you allow it to settle, the answer becomes clear
Minit ke 0:07: Dialog ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya kerana setiap keputusan yang dibuat secara melulu dan terburu buru memberikan keburukan di kemudian hari. Kita seharusnya berfikir dan membuat keputusan di dalam keadaan yang tenang dan rasional, barulah matlamat utama dapat dicapai. Tambahan pula, tindakan setiap individu sentiasa dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Oleh itu, minda yang bercelaru dan gundah akan menghasilkan tindakan luar sedar dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Mesej yang disampaikan melalui dialog tersebut sampai dengan mudah kepada penonton. Hal ini memberikan saya satu pengajaran untuk sentiasa berfikir secara matang sebelum bertindak.
ii. Dialog oleh Po dan Master Shifu
Real warrior never quit.
Minit ke 0:38:04 dan minit 0:48: Dialog diatas di sebut dua kali di dalam video ini iaitu pada minit 0:38:04 oleh Po dan pada minit 0:48:23 oleh Master Shifu . Ibarat peribahasa melayu, pantang berundur sebelum berjuang, kita tidak boleh mudah menyerah kalah jika ingin mendapat sesuatu yang dihajati.
Tugasan 2 Refleksi Jurnal
Setelah selesai menonton video Kung Fu Panda dan juga mempelajari topik tamadun China serta sumbangannya kepada masyarakat global, saya merasa sangat teruja untuk melakukan tugasan yang diberikan. Tugasan ini membuka minda saya untuk mempelajari ketamadunan China dengan lebih mendalam serta menggali maklumat tambahan mengenainya. Malah ianya memberikan satu tujuan yang jelas iaitu menghargai dan mencontohi kejayaan sumbagan tamadun China kepada kehidupan masyarakat hari ini.
Sebelum menonton video tersebut saya cuba mengingati kembali plot cerita kerana saya pernah menonton filem ini beberapa kali sebelum ini. Namun, apa yang boleh saya imbas adalah babak perlawanan Kung fu dan komedi yang disampaikan sahaja. Tidak terlintas di fikiran saya untuk menjadikan filem ini satu sumber inspirasi dalam kehidupan saya. Tetapi semuanya berubah setelah saya menonton video tersebut sambil mempelajari topik Tamadun China. Ternyata begitu banyak sumbangan tamadun yang disampaikan untuk membuka minda masyarakat. Tambahan pula, terdapat begitu banyak nilai murni yang disampaikan kepada penonton yang boleh diguna pakai kedalam kehidupan seharian.
Sepanjang mencari bahan ilmiah tambahan, saya berasa kagum dengan sumbangan dan inovasi yang di cipta oleh sesebuah tamadun. Bukan itu sahaja, kejayaan sebebuah tamadun itu di kemudi oleh pemerintah yang mempunyai moral yang hebat. Ini jelas meyakinkan saya bahawa masyarakat yang bertamadun dan berjaya, dihasilkan oleh pemerintahan yang adil, amanah, dan jujur dalam membantu rakyat. Selain itu kepercayaan dan agama juga mampu membentuk satu tamadun yang dihormati serta melahirkan tokoh pahlawan yang hebat kepada sesebuah tamadun.
Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa cabaran yang dialami oleh saya. Sejujurnya sebagai seorang pelajar separuh masa, saya merasa risau sekiranya saya tersilap membuat penilaian ketika mengumpul maklumat tugasan. Tambahan pula sewaktu melakukan tugasan ini, negara dilanda wabak pandemik Covid-19 . Sebagai salah seorang petugas barisan hadapan, saya mempunyai kekangan waktu untuk menyiapkan tugasan dalam jangka masa yang pendek. Namun, saya merasa bertuah kerana mempunyai rakan sekelas yang saling membantu dan tidak lokek ilmu untuk berkongsi pendapat. Pensyarah juga tidak jemu- jemu mengikuti perkembangan pelajar- pelajar semasa kelas dalam talian dijalankan. Selain itu, kemudahan forum memberi manfaat kepada kami untuk bertanyakan soalan yang kurang jelas, supaya kami dapat menyiapkan tugasan seperti yang dikehendaki.
Untuk membina draf infografik yang tepat, Analisa maklumat berkaitan video Kung Fu Panda haruslah dibuat dengan teliti. Oleh yang demikian saya menonton filem ini berulang-ulang kali bagi mendapatkan isi penting bersesuaian dengan kehendak soalan. Kemahiran penggunaan aplikasi yang bersesuaian juga diperlukan untuk mencipta reka bentuk dan susun atur infografik yang sesuai dengan soalan. Saya juga menggunakan imaginasi yang kreatif dan inovatif bagi menyampaikan isi penting tersebut dalam bentuk infografik yang ringkas, padat dan jelas. Ianya merupakan satu cabaran dan pengalaman yang baru bagi saya kerana Menyusun atur format yang sesuai bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Kesabaran yang tinggi serta kemahiran amatlah diperlukan. Selain itu saya juga ada merujuk contoh contoh dari sumber carian internet menggunakan “google” bagi mendapatkan idea templat infografik yang bersesuaian.
Kesimpulannya, bahan yang diberikan kepada pelajar untuk mendalami topik ketamadunan China ini adalah sangat tepat. Hal ini kerana filem Kung Fu Panda wajar dijadikan satu bahan ilmiah untuk membuka minda pelajar dalam memahami sesebuah kegemilangan Tamadun. Selain itu, tamadun China menghasilkan masyarakat dunia yang moden dan maju sehingga ke hari ini. Malahan negara China masih kekal maju dan menjadi saingan Eropah dari segi ekonomi dan pentadbiran sehingga ke hari ini.
(2795 Jumlah Patah Perkataan)
- Multiple Choice
Course : Tamadun Islam Tamadun Asia (titas) (MPU3122)
University : open university malaysia.
- Discover more from: Tamadun Islam Tamadun Asia (titas) MPU3122 Open University Malaysia 318 Documents Go to course
- More from: Tamadun Islam Tamadun Asia (titas) MPU3122 Open University Malaysia 318 Documents Go to course
- More from: BUKU FALSAFAH by Norini Husin 16 16 documents Go to Studylist
Nota-nota WAJ 3101 MPU3095 Tamadun Islam dan Asia --> MPU3132 Falsafah dan Isu Semasa ---> untuk IPTA, IPG dan IPTS.
- FREE DOWNLOAD
السلام عليكم ورحمة الله
Thursday, march 8, 2012, e-titas - tamadun islam dan tamadun asia.
eTITAS ONLINE :
Tamadun islam dan asia, tamadun islam dan asia.
Kalau nak mcm mne ye? Mksud sy nak contact sape?
Post a Comment
Buku Pelawat:
Bookmark blog ini:, subscribe to.
Anda Suka Blog Ini???
Anda suka blog ni belanja saya kopi.
IMAGES
VIDEO